LAS VEGAS, 10 Januari 2026 /PRNewswire/ -- TCL, peneraju bertaraf global bagi barangan elektronik pengguna dan jenama Mini LED dan TV ultra-besar No. 1 di dunia, menerima pelbagai anugerah berprestij di Majlis Penyampaian Global Top Brands (GTB) Awards 2025–2026 semasa berlangsungnya CES 2026, seiring bersama beberapa pengiktirafan "Best of CES 2026" daripada media antarabangsa dan juga penghormatan tambahan daripada institusi-institusi dan organisasi-organisasi profesional. Anugerah-anugerah ini menonjolkan kepimpinan TCL dalam teknologi paparan, inovasi mudah alih dan penyelesaian rumah pintar, seterusnya memperteguh komitmennya untuk memacu masa depan kehidupan pintar melalui teknologi canggih.
Antara inovasinya yang memenangi anugerah, TV SQD-Mini LED TCL X11L menerima pengiktirafan yang meluas, termasuk Anugerah Emas Teknologi Paparan Inovatif daripada International Data Group (IDG) atas prestasi visualnya yang luar biasa. Ditubuhkan pada tahun 2006 oleh International Data Group (IDG) dan dianjurkan oleh Asia Digital Group dan Europe Digital Group, dengan TWICE sebagai hos bersama dan sokongan IDC, GTB Awards merupakan antara pengiktirafan yang paling disanjungi dalam industri barangan elektronik pengguna global.
Membuat kemunculan secara besar-besaran di CES 2026, TCL X11L merupakan TV pertama di dunia yang membawakan teknologi SQD-Mini LED generasi akan datang yang memberikan Gamut Warna Luas Semua-Latar, tanpa silangan warna, dengan lebih banyak zon pemalapan dan kecerahan yang lebih tinggi – kesemuanya pada reka bentuk yang luar biasa nipis. Teknologi SQD-Mini LED turut menerima pensijilan TÜV Rheinland atas ketepatan warna, kestabilan paparan dan prestasi visualnya yang luar biasa yang mengesahkan selanjutnya kemajuan TCL yang utama dalam industri ini bagi kejuruteraan paparan.
TCL turut membawakan teknologi canggihnya pada peranti mudah alih. Telefon Pintar NXTPAPER 70 Pro memenangi Anugerah Emas Teknologi Paparan Penjagaan-Mata oleh IDG yang dikuasakan oleh teknologi NXTPAPER 4.0 yang terkini daripada syarikat ini. Peranti ini ditingkatkan dengan Perlindungan Mata Cahaya-Malap yang diperakui SGS, pengurangan cahaya biru dan cahaya terkutub bulat, lalu memberikan pengalaman tontonan tanpa tekanan dan menenangkan mata dalam semua senario. Tablet TCL Note A1 NXTPAPER diiktiraf menerusi Anugerah Inovasi Teknologi Interaksi Pintar atas pengalaman visual dan tulisannya yang seakan-akan kertas, serta produktiviti dipacu AI, termasuk pengecaman tulisan tangan pintar, terjemahan, ringkasan automatik dan perbaikan teks. Dalam kategori rumah pintar, Penyaman Udara TCL Siri AHU menerima Anugerah Inovasi Teknologi Voltan Adaptif-Kendiri Pintar. Dilengkapi dengan teknologi ini, siri ini dapat menyelesaikan masalah pemasangan dan penyelenggaraan yang kompleks.
Selain itu, TCL MOVETIME MT48, iaitu jam tangan pintar kanak-kanak yang ditingkatkan ciri keselamatannya yang menampilkan GPS Dwijalur L1+L5, komunikasi 4G dan AI Selamat Kanak-kanak, telahpun memenangi CES Picks Award 2026 daripada TWICE kerana memberi ketenangan kepada ibu bapa dan memupuk sikap berdikari kepada kanak-kanak.
Menerusi portfolio inovasi diiktiraf oleh industri ini yang semakin berkembang, TCL terus menterjemahkan kepimpinan teknologi kepada impak dunia sebenar yang bermakna, seterusnya memajukan cara hidup yang lebih pintar, imersif dan terhubung untuk pengguna di seluruh dunia.
Latar Belakang TCL
TCL ialah jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. TCL kini beroperasi di lebih 160 pasaran di serata dunia. Syarikat ini mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna yang terdiri daripada televisyen, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, kaca mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.